Ahad, 2 Februari 2014

Biodata

Nama yang empunya diri adalah seperti tajuk blog ini. Dilahirkan pada tahun 1973 berasal dari Perlis. Sekarang bekerja di sektor kerajaan lebih terperinci lagi dengan kerajaan pusat. Tempat bertugas sekarang pun di Perlis, Alhamdulillah bermula sebagai penjawat awam dalam tahun 2008 juga bermula di Perlis.
        Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
Pencapaian akademik tertinggi ialah memperolehi Sijil Juruteknik dari Jabatan Tenaga Rakyat(sekarang Jabatan Tenaga Kerja) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra tahun 1990-1992 dlm bidang Pemesin Am, tapi disini saya hendak cerita lebih kepada hobi saya.
Apa dia hobi saya?
Kalau masa tu dlm umur saya 22 tahun saya berminat dlm sukan bina badan. Apa lagi setelah tamat belajar di ILP dan bekerja di syarikat milik keluarga saya dlm bidang kimpalan dan baikpulih peralatan kilang mulalah saya berfikir untuk mencari tempat yang sesuai untuk saya mereleasasikan hobi saya itu.
Saya ingat lagi dalam sekitar tahun 1992-1993 saya mula pergi ke Gelanggang Budaya di Pekan Kangar, sekarang ini dikenali sebagai Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Perlis untuk mencari gym. Sebab apa saya pergi kesana kerana saya berfikir hanya tempat itulah saja tempat utk saya mendapatkan ilmu pengetahuan dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan hobi saya.
Diringkaskan cerita disitulah saya mengenali Wak,Pak Ali,Pak Coh,Isman,Jailani dan beberapa org lagi yg nanti saya akn ceritakn kemudian ya.. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah mereka yg paling lama bergiat dlm aktiviti di gym rakyat Kangar & mereka ini antara pemegang jawatan penting dlm Persatuan Bina Badan Perlis pada masa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan