Ahad, 2 Februari 2014

Sijil Kecergasan

ok utk catatan ini saya akn upload antara sijil yg berkaitan Gym yg pernah saya hadiri dan saya akan ulas sedikit tentang suasana ketrika berkursus di setiap tempat yg berkaitan dgn sijil itu.
Itupun jika saya masih ingat hihi.. yang mana tiada ulasan dibawahnya itu,kira tak ingatlah yee..

World Fitness camp haa..yg ni dlm tahun 2004. Cara penyertaannya yg saya masih ingat,pd suatu hari tu saya adalaaa..terima panggilan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan bertanya untuk menawarkan saya mengikuti kursus ni. Kata mereka lagi kursus ini adalah ditaja yg mana setiap seorang akn dikenakan bayarang RM4 ribu ringgit seorang. Saya pun bersetuju kerana mendapati tajuk kursus yg lain dari yg pernah saya ikuti sebelum ni. Yang mencabarnya dlm kursus ini ialah sepanjang perjalanan kursus adalah disampaikan dlm bahasa inggeris dan sudah tentulah penceramahnya adalah dari negara2 luar.

Kursus Jurulatih BIna Badan Tahap 1. Ini ialah kursus pertama dikelolakan oleh Perseutuan Bina Badan Malaysia dgn kerjasama Majlis Sukan Negara. Kursus ini diadakan di MSN Bukit Jalil.
Kursus ini memang best kerana dapatlah juga merasa berlatih di gym Institut Sukan Negara (ISN) yg waktu itu dipanggil Jungle Gym. Gym ni dikhabarkan hanya dikhaskan utk atlit-atlit yg mewakili negara sahaja. Nanti saya upload pic ya..tapi rasanya pic tak banyak, almaklum laa..era ni camera bukannya jenis digital lagi, masih menggunakan filem negativ seperti kodak,Fuji.

Kursus yg saya hadir utk sijil diatas adalah di jalankan di NPC Bertam, area Sg Petani. Best juga dlm kursus ni kerana dapat praktikal di Gym MPSP yg berdekatan dan alat2 pun masih baru.



Last sijil kat atas tu.. Sijil Sains Sukan Tahap 2 di ambil di Kangar, Perlis Tahun 2004..susah juga..soalan2 yg ditanya..tapi Alhamdulillah dgn izin Allah dapat juga lulus. Sijil Sains Sukan ni ada 3 tahap, yang tahap 1 saya dapat masa menyertainya di kuantan, Pahang..so lepas dapat tahap 1 baru boleh ambil yg tahap 2, atau jika tiada tahap 1 kena ada sekurang-kurangnya Ijazah Sains Sukan ..baru boleh ambik tahap 2 nii..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan