Jumaat, 14 Februari 2014

Nostalgia Bersama Bina Badan Perlis

 Ini masa taklimat pengurus pasukan di Kejohanan Bina Badan Kebangsaan tahun 2006 di P.Pinang.
Sempat bergambar sebelum bermula taklimat.
Yg sebelah kanan iala Pak Ali,Pengerusi Persatuan Bina Badan Perlis.
Sebelah kiri tak ingat la pulak,tapi semestinya bukan dari Perlis..hihi biasa la sekali sekala berjumpa dari seluruh Malaysia.

 Atlit Perlis Mohd salim yg sebelah kanan ye..sebelah kiri tu atlit dari negeri mana ntah. Ni pic dibelakang stage sebelum dipanggil keluar keatas pentas.

Bersama Pak Ali dlm Majlis Welcoming dinner di Mr Malaysia 2006, Penang.

Ahad, 2 Februari 2014

Sijil Kecergasan

ok utk catatan ini saya akn upload antara sijil yg berkaitan Gym yg pernah saya hadiri dan saya akan ulas sedikit tentang suasana ketrika berkursus di setiap tempat yg berkaitan dgn sijil itu.
Itupun jika saya masih ingat hihi.. yang mana tiada ulasan dibawahnya itu,kira tak ingatlah yee..

World Fitness camp haa..yg ni dlm tahun 2004. Cara penyertaannya yg saya masih ingat,pd suatu hari tu saya adalaaa..terima panggilan dari pihak Kementerian Belia dan Sukan bertanya untuk menawarkan saya mengikuti kursus ni. Kata mereka lagi kursus ini adalah ditaja yg mana setiap seorang akn dikenakan bayarang RM4 ribu ringgit seorang. Saya pun bersetuju kerana mendapati tajuk kursus yg lain dari yg pernah saya ikuti sebelum ni. Yang mencabarnya dlm kursus ini ialah sepanjang perjalanan kursus adalah disampaikan dlm bahasa inggeris dan sudah tentulah penceramahnya adalah dari negara2 luar.

Kursus Jurulatih BIna Badan Tahap 1. Ini ialah kursus pertama dikelolakan oleh Perseutuan Bina Badan Malaysia dgn kerjasama Majlis Sukan Negara. Kursus ini diadakan di MSN Bukit Jalil.
Kursus ini memang best kerana dapatlah juga merasa berlatih di gym Institut Sukan Negara (ISN) yg waktu itu dipanggil Jungle Gym. Gym ni dikhabarkan hanya dikhaskan utk atlit-atlit yg mewakili negara sahaja. Nanti saya upload pic ya..tapi rasanya pic tak banyak, almaklum laa..era ni camera bukannya jenis digital lagi, masih menggunakan filem negativ seperti kodak,Fuji.

Kursus yg saya hadir utk sijil diatas adalah di jalankan di NPC Bertam, area Sg Petani. Best juga dlm kursus ni kerana dapat praktikal di Gym MPSP yg berdekatan dan alat2 pun masih baru.



Last sijil kat atas tu.. Sijil Sains Sukan Tahap 2 di ambil di Kangar, Perlis Tahun 2004..susah juga..soalan2 yg ditanya..tapi Alhamdulillah dgn izin Allah dapat juga lulus. Sijil Sains Sukan ni ada 3 tahap, yang tahap 1 saya dapat masa menyertainya di kuantan, Pahang..so lepas dapat tahap 1 baru boleh ambil yg tahap 2, atau jika tiada tahap 1 kena ada sekurang-kurangnya Ijazah Sains Sukan ..baru boleh ambik tahap 2 nii..

Biodata

Nama yang empunya diri adalah seperti tajuk blog ini. Dilahirkan pada tahun 1973 berasal dari Perlis. Sekarang bekerja di sektor kerajaan lebih terperinci lagi dengan kerajaan pusat. Tempat bertugas sekarang pun di Perlis, Alhamdulillah bermula sebagai penjawat awam dalam tahun 2008 juga bermula di Perlis.
        Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
Pencapaian akademik tertinggi ialah memperolehi Sijil Juruteknik dari Jabatan Tenaga Rakyat(sekarang Jabatan Tenaga Kerja) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra tahun 1990-1992 dlm bidang Pemesin Am, tapi disini saya hendak cerita lebih kepada hobi saya.
Apa dia hobi saya?
Kalau masa tu dlm umur saya 22 tahun saya berminat dlm sukan bina badan. Apa lagi setelah tamat belajar di ILP dan bekerja di syarikat milik keluarga saya dlm bidang kimpalan dan baikpulih peralatan kilang mulalah saya berfikir untuk mencari tempat yang sesuai untuk saya mereleasasikan hobi saya itu.
Saya ingat lagi dalam sekitar tahun 1992-1993 saya mula pergi ke Gelanggang Budaya di Pekan Kangar, sekarang ini dikenali sebagai Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Perlis untuk mencari gym. Sebab apa saya pergi kesana kerana saya berfikir hanya tempat itulah saja tempat utk saya mendapatkan ilmu pengetahuan dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan hobi saya.
Diringkaskan cerita disitulah saya mengenali Wak,Pak Ali,Pak Coh,Isman,Jailani dan beberapa org lagi yg nanti saya akn ceritakn kemudian ya.. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah mereka yg paling lama bergiat dlm aktiviti di gym rakyat Kangar & mereka ini antara pemegang jawatan penting dlm Persatuan Bina Badan Perlis pada masa itu.